Anak benih pokok getah di tapak semaian yang tidak diselenggara dengan baik berpotensi untuk diserang penyakit rintik mata burung (bird’s eye spot) yang disebabkan kulat Bipolaris heveae.
Jangkitan penyakit rintik mata burung boleh dikesan melalui simptomnya iaitu:
Kewujudan halo berwarna kuning di sekeliling rintik jangkitan pada permukaan daun.
Sekiranya jangkitan itu parah, pucuk yang sudah tumbuh akan bertunas semula dan ini akan merencatkan pertumbuhan pokok.
Bagi mengawal jangkitan daripada berlaku, kaedah rawatan dalam jadual di bawah boleh dilakukan.
Penyakit calar hitam (black stripe) berlaku kerana jangkitan kulat Phytophthora botryosa. Ia boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pisau torehan.
Jangkitan boleh dikenalpasti menerusi simptom berikut:
Kesan calar yang membesar dan menjadi lesi yang menutup panel torehan.
Lateks membeku di kawasan jangkitan.
Di permukaan kayu, terdapat jalur-jalur kecil menegak.
Apabila kulit kayu pokok getah dikikis, tisu-tisu di bawahnya berwarna hitam pudar.
Bagi merawat penyakit calar hitam, kaedah dalam jadual di bawah boleh digunakan.
Apa Simptom Penyakit Akar Putih Pokok Getah?
Penyakit akar putih pokok getah disebabkan oleh kulat jenis Rigidoporus lignosus dan penyakit ini paling kerap berlaku kerana ia boleh merebak dengan sangat cepat.
Kulat ini berbentuk bulat dan gemuk pada bahagian pangkal serta berpipih tajam pada bahagian hujung. Ia juga kelihatan seperti benang yang membalut akar pokok getah, pada mulanya berwarna putih sebelum berubah menjadi jingga pucat.
Terdapat tiga ciri untuk mengenalpasti
Simptom penyakit akar putih iaitu :
Bebenang putih (miselium kulat) melekap pada permukaan akar.
Pangkal pokok yang mati dan reput mempunyai kesan serangan penyakit iaitu bebenang putih atau jingga atau ibu kulat berwarna jingga dan kemerah-merahan.
Jasad buah pokok getah ditemui di pangkal tunggul pokok yang dijangkiti.
Apa Simptom Penyakit Akar Merah Pokok Getah?
Penyakit akar merah disebabkan oleh kulat Ganoderma philipii.
Akar pokok getah akan diselaputi oleh lapisan tanah yang berpasir dan melekat kuat. Jasad buahnya berwarna merah tua pada bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya.
Cara Merawat Penyakit Akar Putih, Merah dan Perang Pokok
Terdapat dua cara merawat penyakit akar iaitu secara kimia dan mekanikal.
Bagi pokok getah berusia kurang daripada 5 tahun, rawatan secara kimia perlu dijalankan. Tiga langkah rawatan yang perlu diikuti adalah:
Tanah di sekeliling pokok getah yang dijangkiti digali sehingga akarnya terdedah.
Menyiram bancuhan racun kulat di sekeliling pokok dan dibiarkan meresap.
Tanah yang digali tadi dikambus semula.
Jumlah bancuhan racun kulat bergantung kepada usia pokok getah adalah dinasihatkan seperti kadar berikut dan perlu diulang rawatan selepas 6 bulan :
Pokok kurang dari 2 tahun
10g Bayleton atau 10ml Tilt untuk setiap 1 liter air
Pokok antara 2 hingga 5 tahun
20g Bayleton atau 20ml Tilt untuk setiap 1 liter air
Bagi pokok getah yang berusia lebih 5 tahun pula, rawatan secara mekanikal perlu dilakukan.
Terdapat 4 langkah rawatan mekanikal perlu diambil pekebun, iaitu:
Parit pemisah selebar 1 kaki dan sedalam 2 kaki digali di antara pokok yang dijangkiti dan pokok yang sihat.
Akar ditemui dalam parit pemisah perlu dicantas.
Tanah yang dikorek bagi membentuk parit pemisah perlu diletakkan disebelah kawasan pokok yang dijangkiti. Ini dilakukan bagi mengelak kulat di dalam tanah menjangkiti pokok sihat.
Parit pemisah perlu diperiksa setiap tiga bulan bagi memastikan pertembungan akar tidak berlaku yang boleh menyebabkan jangkitan.
Selain penyakit akar yang boleh merebak dengan cepat, pekebun getah juga perlu mengetahui penyakit pokok getah yang lain dan cara merawatnya bagi menjaga kualiti dan produktiviti tanaman mereka.
Sumber : Risda