Selain penyakit akar yang boleh merebak dengan cepat, pekebun getah juga perlu mengetahui penyakit pokok getah yang lain dan cara merawatnya bagi menjaga kualiti dan produktiviti tanaman mereka.
Sumber : Risda
Selain penyakit akar yang boleh merebak dengan cepat, pekebun getah juga perlu mengetahui penyakit pokok getah yang lain dan cara merawatnya bagi menjaga kualiti dan produktiviti tanaman mereka.
Sumber : Risda
Serangan penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) telah mula dikesan pada November 2017 di Kampung Pancajaya, Segamat, Johor. Sehingga kini, serangan penyakit ini telah dilaporkan dikesan di semua negeri kecuali Perlis dan Pulau Pinang.
Dibawah ini tanda-tanda penyakit yang mana tuan puan boleh lihat dalam kebun tuan puan sendiri mana tahu terkena penyakit ini.Cegah sebelum ia parah merebak
Kulat ini menjangkiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah dimana jangkitan serangan lebih tertumpu pada bahagian daun berbanding bahagian lain. Serangan yang ringan dan sederhana boleh menyebabkan keguguran daun sehingga 50%. Sementara itu, jangkitan parah dan berulang akan menyebabkan keguguran daun getah matang daripada 90% hingga 100%.
Penyakit ini boleh di rawat secara percuma melalui Pihak Risda dengan cara,berhubung dengan pejabat atau stesen RISDA berhampiran dengan kebun tuan puan
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Kebun berdaftar dengan RISDA
Hak milik kebun yang sah
Borang Permohonan rawatan penyakit : Klik Sini
Rujukan lebih lanjut tuan puan boleh berhubung dengan Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT): 03-4256 4022 (Sambungan : 181)
Sumber : Risda
Pokok getah akan mengalami musim luruh iaitu proses ranggasan daun yang mana hanya berlaku setahun sekali pada awal tahun antara bulan Februari dan Mac.
Antara penyakit daun pokok getah adalah :
a) Penyakit luruhan Daun Pestalotiopsis
b) Penyakit luruhan Daun Sekunder Oidium
c ) Penyakit luruhan Daun Sekunder Colletotrichum
d) Penyakit luruhan Daun Sekunder Corynespora
e) Penyakit luruhan Daun Fusicoccum
f ) Penyakit luruhan Daun Phytophthora
Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang disebabkan oleh Kulat Pestalotiopsis spp. Penyakit ini telah menular ke seluruh Malaysia dan pertama kali dilaporkan berlaku di Labis dan Kluang, Johor pada tahun 2017 di mana klon RRIM 600 dan RRIM 2025 mengalami luruhan daun yang teruk (50%-90% daun gugur).
Serangan penyakit ini telah menyebabkan luruhan daun pokok getah diluar musim luruh daun dan memberi impak yang besar kepada produktiviti getah iaitu penurunan hasil sehingga 50% dan menjejaskan pendapatan pekebun kecil. Penularan penyakit ini adalah melalui udara yang mana penyebarannya adalah sangat cepat. Serangan kulat Pestalotiopsis lebih banyak menyerang daun getah tua/matang, semua jenis klon getah dan semua peringkat umur pokok.
Antara simptom – simptom serangan penyakit LDP:
Antara faktor yang menyebabkan serangan penyakit LDP adalah:
Persekitaran | Patogen | Perumah | Amalan Pertanian Baik (GAP) |
---|---|---|---|
Taburan hujan yang tinggi | Tersebar melalui air, angin, serangga dan haiwan | Klon getah yang rentan | Pembajaan tidak diamalkan |
Kelembapan udara yang tinggi | Kitar hidup yang pendek | Terdapat perumah lain seperti rumpai, daun kelapa sawit dan palma | Pengawalan rumpai tidak diamalkan |
Suhu yang sesuai | Tiada perumah yang khusus | Pengawalan penyakit tidak diamalkan | |
Terdapat perumah sepanjang tahun | Pertumbuhan kulat yang optimal disebabkan faktor persekitaran yang sesuai |
Rawatan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis:
No | Bahan Aktif | Kepekatan a.i di botol (%) | Pengesyoran kadar racun (dicairkan dengan air) | Peratusan Bahan Kimia (%) |
---|---|---|---|---|
1 | Propiconazole | 25.2 | 4.0 ml/liter | 0.10% |
2 | Benomyl | 50.0 | 4.0 g/liter | 0.20% |
3 | Chlorothalonil | 50.0 | 4.0 g/liter | 0.20% |
4 | Mancozeb | 80.0 | 3.2 g/liter | 0.26% |
5 | Propineb | 70.0 | 2.0 g/liter | 0.14% |
*Salah satu daripada racun yang tersenarai diatas boleh digunakan untuk mengawal serangan kulat Pestalotiopsis di lapangan.
b) Penyakit luruhan Daun Sekunder Oidium
Penyakit luruhan daun sekunder oidium berlaku disebabkan jangkitan kulat jenis Oidium Heveae. Kulat ini biasanya menyerang pucuk muda yang berdaun semula selepas musim luruh.
Ia boleh dikenal pasti dengan kulapuk berdebu putih di permukaan daun yang menyebabkan warna daun bertukar keperangan.
Penyakit luruhan daun sekunder oidium boleh dirawat dengan cara seperti dalam jadual di bawah.
Kaedah | Kekerapan kaedah | Kadar |
---|---|---|
Belerang sulphur disembur pada musim pendaunan semula | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari ➢ 1 kali semburan setiap 4 hingga 6 hari sehingga daun matang | ● 9kg/hektar |
Pengabusan minyak tridemorph | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | ● 0.5 kg a.i/hektar |
Semburan MSMA 1% | ➢Sebelum musim luruh | ● 10% a.i ● 35L/ hektar |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
c ) Penyakit luruhan Daun Sekunder Colletotrichum
Penyakit ini disebabkan oleh kulat jenis Colletotrichum gloeosporioides. Ia mudah menyerang pokok pada peringkat cetusan tunas.
Simptom serangan berbeza mengikut usia daun.
Bagi penyakit ini, cara merawatnya boleh dilakukan seperti dalam jadual di bawah.
Kaedah | Kekerapan Kaedah | Kadar |
---|---|---|
Semburan racun kulat chlorothalonil | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | 0.2% a.i/liter |
Semburan racun kulat Propineb | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | 0.2 kg a.i/liter |
Semburan MSMA 1% | ➢ Sebulan sebelum musim luruh | 36 liter/hektar |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
d) Penyakit luruhan Daun Sekunder Corynespora
Penyakit luruhan daun sekunder Corynespora adalah disebabkan oleh kulat jenis Corynespora cassiicola. Ia boleh menyerang semua peringkat daun.
Simptom penyakit ini yang boleh dilihat adalah:
Cara kawalan penyakit ini boleh dilakukan seperti di jadual bawah:
Kaedah | Kekerapan Kaedah | Kadar |
---|---|---|
Semburan racun kulat benomyl | ➢ Semburan secara berterusan seminggu sekali sehingga simptom hilang | 0.3% a.i/liter |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
e) Penyakit luruhan Daun Fusicoccum
Luruhan daun Fusicoccum berlaku disebabkan jangkitan kulat jenis Fusicoccum sp. Simptomnya sangat jelas kelihatan pada daun matang.
Dua simptom yang boleh dilihat pekebun getah tentang penyakit ini adalah:
Bagi mengawal penyakit ini, semburan racun kulat seperti dalam jadual di bawah boleh dilakukan.
Kaedah | Kekerapan | Kadar |
---|---|---|
● Semburan racun kulat Carbendazim ● Semburan racun kulat Propiconazole ● Semburan racun kulat benomyl | ➢ Semburan berterusan seminggu sekali sehingga semua simptom hilang | 0.3% a.i/liter |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
f ) Penyakit luruhan Daun Phytophthora
Penyakit luruhan daun Phytophthora ini disebabkan jangkitan kulat dikenali sebagai Phytophthora palmivora. Daun pokok getah yang diserang biasanya gugur bersama tangkainya yang mewujudkan hamparan daun hijau di bawah pokok.
Dua simptom utama penyakit luruhan daun Phytophthora adalah:
Bagi merawat dan mengawal penyakit luruhan phytophthora ini, kaedah dalam jadual di bawah boleh digunakan.
Kaedah | Kekerapan | Kadar |
---|---|---|
Semburan Kuprum oksiklorida | ➢ Semburan sebelum musim hujan bermula | 20% dalam minyak 35 liter/hektar |
Semburan Kuprum oksiklorida | ➢ Semburan sebelum musim hujan bermula | 1.2 kg a.i/hektar dalam minyak |
Selain penyakit akar dan luruhan daun, terdapat tiga lagi penyakit pokok getah yang perlu diketahui semua pekebun getah.
Sumber : Risda