Pokok getah pertama di Malaysia berada di Kuala Kangsar

Pokok getah pertama di malaysia


Bagaimana Getah Sampai ke Malaysia ?

Bekalan biji yang pertama sekali sampai ke asia tenggara pada ketika itu cuma sebanyak 50 biji benih yang berasal dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura. Tetapi disebabkan oleh kelewatan di Dermaga, usaha penghantaran ini telah gagal.

Bekalan kedua pula diberi dengan sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar, Perak.

Selepas lebih satu abad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, tidak bernilai, kini ia telah menjadi antara sumber ekonomi yang penting di dalam negara kita.


Sejarah Pokok Getah Pertama di Malaysia

Pada tahun 1877, pokok getah pertama di Malaysia (Hevea Brasiliensis) telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton yang merupakan seorang penguasa Botanical Gardens di Singapura.


Pokok getah pertama di malaysia

Ladang Getah Mula Ditubuhkan

Pada tahun 1898, ladang getah terus ditubuhkan di Tanah Melayu dan Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902 atau 1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran paling tinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Fakta menarik untuk anda, pokok getah berasal dari negara Brazil dan ditemui oleh Christopher Columbus yang merupakan seorang ahli pelayaran Sepanyol.


Pokok getah pertama di malaysia


Beliau adalah orang pertama yang menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pokok getah pertama di Malaysia ditanam di Kuala Kangsar ini masih gah berdiri dan secara tidak lansung memegang rekod pokok getah paling tua di Malaysia (Pokok getah pertama di Malaysia).

Sumber : orangperak.com 


 

PAUTAN AGENSI

PAUTAN AGENSI

SILA KLIK PADA BUTANG AGENSI YANG ANDA INGINKAN

emof.png eKPWKM.png eMOHR.png eKWP.png eKPLB.png eMOH.png eMOA.png eMOE.png eTOURISM.png eJKM.png eJAKIM.png eJHEV.png eLKIM.png eFAMA.png eFELCRA.png eAIM.png eAGRO.png eKEDAH.png eKELANTAN.png eMELAKA.png eN9.png ePAHANG.png ePENANG.png ePERAK.png ePERLIS.png eSELANGOR.png eTGANU.png eSWAK.png eSABAH.png



SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
( Masukkan Nombor IC anda dan tekan Hantar )

SEMAK KAD PAT-G
( Masuk Nombor IC
dan tekan Teruskan )







HARGA GETAH SEMASA

( Lihat Farmgate Peninsular )



PENAFIAN : Ini adalah laman blog peribadi untuk tujuan menyebaran maklumat dan info.Blog ini bukan web rasmi bagi organisasi. Segala maklumat terkini boleh rujuk pada web rasmi organisasi berkenaan