Untuk semak bantuan musim tengkujuh tuan/puan teruslah menghubungi Pejabat RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian (pejabat pelulus) dan bukannya menghubungi pejabat lain seperti RISDA Stesen.
Minta bercakap dengan Unit 2P yang bertanggungjawab kepada permohonan BMT RISDA.
Mereka boleh membuat semakan kepada permohonan tuan/puan sama ada lengkap atau tidak, layak atau tidak dan sebagainya.
Oleh kerana pembayaran BMT2024 akan mula dibuat pada minggu kedua November, tuan/puan boleh membuat semakan dari semasa ke semasa di pautan : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Perlu diingatkan juga, Ibu Pejabat RISDA akan memproses pembayaran secara berperingkat bermula November 2024 sehingga Februari 2025 mengikut tarikh kelulusan permohonan yang telah dibuat di peringkat pejabat pelulus masing-masing.
Seperti tahun-tahun lalu, jika bayaran November tidak sempat dibayar pada bulan semasa, bayaran akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga selesai dibayar berjumlah RM800 (tertakluk kepada kelulusan).