Bantuan musim tengkujuh (BMT) dari Risda telah ditutup permohonan pada 30/9/2024
Dibawah ini "admin sediakan secara ringkas" cara memohon BMT dalam online dalam portal web BMT guna smart telefon / Komputer
Sekiranya tuan puan, tidak boleh buat sendiri maka datanglah ke pejabat Risda berhampiran untuk dapat bantuan pengisian BMT dari pegawai Risda
Syarat permohonan BMT
Penerima yang layak adalah Pekebun Kecil yang memiliki dan mengusahakan lot bertanam getah atau Penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah adalah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut :
Pemilik kebun Getah
-Warganegara Malaysia sahaja.
-Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
-Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
-Pemilik tanah yang sah.
-Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
-Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Penoreh Pokok Getah
-Warganegara Malaysia.
-Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
-Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
-Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
-Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
-Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
-Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
* Baca dahulu sebelum daftar BMT
* Bagi pekebun kecil yang belum daftar BMT atau nama anda sudah tiada dalam data sistem portal web BMT semasa anda Log Masuk wajib daftar BMT baru dengan cara,
1. Klik butang Daftar Pengguna dibawah

Setelah anda Tekan Daftar Pengguna diatas ia akan keluar seperti web dibawah
2. Masukkan Nombor kad pengenalan anda dalam kotak kemudian klik butang Carian
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
3. Masukkan maklumat anda dalam kotak disediakan.Pastikan masuk alamat email anda yang aktif yang boleh dilogin/dibuka kerana link aktif web akan dihantar ke email anda dan wajib diklik link tersebut untuk pengesahan daftar web BMT anda
Selepas web BMT anda aktif barulah anda anda log Masuk seperti cara kemaskini di bawah
Bagi Pemilik Kebun pastikan tuan puan ambil gambar guna telefon dan simpan gambar dalam telefon anda untuk upload dalam web BMT anda selepas Log Masuk dengan gambar,
- Kad pengenalan muka depan
- Kad pengenalan muka belakang
- Geran tanah muka surat 1
- Geran tanah muka surat 2
- Geran tanah muka surat 3
- Surat maklumat bank dari bank
Bagi Penoreh Kebun pastikan tuan puan ambil gambar guna telefon dan simpan gambar dalam telefon anda untuk upload dalam web BMT anda selepas Log Masuk dengan gambar,
- Kad pengenalan muka depan
- Kad pengenalan muka belakang
- Geran tanah muka surat 1
- Geran tanah muka surat 2
- Geran tanah muka surat 3
- Surat maklumat bank dari bank
- Surat Akaun penoreh
- Kad pengenalan tuan tanah
CARA KEMASKINI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
* Baca dahulu sebelum kemaskini
* Bagi pekebun kecil yang sudah daftar tahun tahun sebelumnya wajib kemaskini semula dengan cara,
1. Klik butang Log Masuk dibawah
Setelah anda Tekan Log Masuk diatas ia akan keluar seperti web dibawah
2. Log Masuk isi maklumat seperti berikut :- Masuk nombor kad pengenalan anda
- Masuk kata laluan anda
- Kemudian tekan butang Log Masuk warna hijau
* Jika anda lupa kata laluan sila hadir ke pejabat Risda berhampiran untuk bantuan dari pegawai Risda
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
3. klik pada butang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, ia akan keluar seperti web dibawah
4. Klik pada butang Permohonan Baru BMT 2024 butang warna merah
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
5. Tick Setuju dan klik butang Seterusnya
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
6. Tick Alamat Surat Menyurat seperti bulatan merah dan klik butang Seterusnya
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
7. Tick pada tempat Mohon seperti bulatan merah ( Scroll kanan jika kemaskini guna smart telefon )Kemudian klik butang Seterusnya
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
8. Semak semua maklumat anda jika maklumat betul klik butang Seterusnya
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
9. Tick pada petak kecil seperti bulatan 1 warna biru jika tanah diisi oleh pewaris tanah ( Jika pemilik meninggal dunia ) Jika diisi pemilik tanah abaikan petak itu
- Pastikan semua keluar simbol petak hijau seperti bulatan 2 warna biru maknanya dokument anda sudah ada.Sekiranya tiada simbol petak hijau atau anda mahu gantikan dokument lain maka tekan butang Browse warna hijau seperti bulatan 3 warna biru untuk upload dokument
- Kemudian tekan butang Seterusnya
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
10. Tick pada petak kecil tick 2 kotak tersebut kemudian klik butang Hantar
Maka selesailah kemaskini BMT
CARA SEMAK KELULUSAN BMT DALAM PORTAL WEB
1. Log Masuk Web BMT seperti diatas kemudian klik butang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, seperti dibawah
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
2. Klik butang Tindakan dan klik butang Lihat
Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah
3. Klik butang Status Permohonan ia akan keluar Status Permohonan BMT anda dengan keputusan : Dalam Proses / Layak / Tidak Layak
Status BMT Layak bermakna BMT anda sudah Lulus
Sekiranya tuan puan, tidak boleh buat sendiri maka datanglah ke pejabat Risda berhampiran untuk dapat bantuan pengisian BMT dari pegawai Risda
Sumber : Risda