Maksud BMI
BMI adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian seseorang untuk menentukan tahap berat badan seseorang tersebut
Apabila mengetahui nilai BMI, ini akan dapat membantu seseorang untuk menentukan sama ada dia mempunyai berat badan yang seimbang atau tidak.
Mempunyai nilai BMI yang tidak seimbang sama ada terlalu besar atau kecil boleh mendedahkan seseorang kepada wujudnya masalah kesihatan.
Contohnya, jika besar nilainya, seseorang berkemungkinan terdedah kepada penyakit seperti diabetes, darah tinggi ataupun penyakit jantung.jika terlalu kecil nilainya, ini akan wujud risiko untuk masalah kesihatan seperti anemia, keletihan kronik dan penurunan daya tahan badan terhadap jangkitan mungkin akan terjadi.
Oleh kerana itulah, pentingnya bagi seseorang mengetahui nilai BMI bagi membolehkan anda mencari langkah terbaik bagi mendapatkan nilai BMI yang lebih ideal.
CARA GUNA Kalkulator kira BMI DIBAWAH
- ISI TINGGI BADAN ANDA DALAM KOTAK Height: PILIH cm/in
- ISI BERAT BADAN ANDA DALAM KOTAK Weight: PILIH kg
DAN TEKAN BUTANG

BMI anda akan keluar dalam kotak Your Body Mass Index (BMI) dan lihat
Kategori BMI dibawah untuk tahu kategori kesihatan anda
Kategori BMI
Jumlah pengiraan tersebut kemudiannya akan dirujuk kepada kategori BMI seperti jadual di bawah:
( Scroll kanan untuk lihat penuh bagi paparan telefon )
Pengiraan BMI | Ketagori BMI |
---|---|
18.5 atau kurang | Kekurangan berat badan |
18.5 – 24.9 | Normal |
25 – 30 | Berlebihan berat badan |
30 atau lebih | Obes |
Untuk mendapatkan Berat Badan Ideal ( Normal ), seseorang mestilah mendapat 18.5-24.9 bagi pengiraan BMI.