Pokok getah akan mengalami musim luruh iaitu proses ranggasan daun yang mana hanya berlaku setahun sekali pada awal tahun antara bulan Februari dan Mac.

Antara penyakit daun pokok getah adalah :

a) Penyakit luruhan Daun Pestalotiopsis

b) Penyakit luruhan Daun Sekunder Oidium

c )  Penyakit luruhan Daun Sekunder Colletotrichum

d) Penyakit luruhan Daun Sekunder Corynespora

e)  Penyakit luruhan Daun Fusicoccum

f )  Penyakit luruhan Daun Phytophthora 


a) Penyakit luruhan Daun Pestalotiopsis


Penyakit luruhan Daun Pestalotiopsis

Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang disebabkan oleh Kulat Pestalotiopsis spp.  Penyakit ini telah menular ke seluruh Malaysia dan pertama kali dilaporkan berlaku  di Labis dan Kluang, Johor pada tahun 2017 di mana klon RRIM 600 dan RRIM 2025 mengalami luruhan daun yang teruk (50%-90% daun gugur).

Serangan penyakit ini telah menyebabkan luruhan daun pokok getah diluar musim luruh daun dan memberi impak yang besar kepada produktiviti getah iaitu penurunan hasil sehingga 50% dan menjejaskan  pendapatan pekebun kecil. Penularan penyakit ini adalah melalui udara yang mana penyebarannya adalah sangat cepat. Serangan kulat Pestalotiopsis lebih banyak menyerang daun getah tua/matang, semua jenis klon getah dan semua peringkat umur pokok.

Antara simptom – simptom serangan penyakit LDP:

  1. Menyerang pada daun matang/ tua yang menyebabkan luruhan daun yang teruk diluar waktu ranggasan daun.
  2. Terbentuk tompokan pada daun getah matang di urat daun yang utama, urat daun sisi dan permukaan daun.

Antara faktor yang menyebabkan serangan penyakit LDP adalah:

PersekitaranPatogenPerumahAmalan Pertanian Baik (GAP)
Taburan hujan yang tinggiTersebar melalui air, angin, serangga dan haiwanKlon getah yang rentanPembajaan tidak diamalkan
Kelembapan udara yang tinggiKitar hidup yang pendekTerdapat perumah lain seperti rumpai, daun kelapa sawit dan palmaPengawalan rumpai tidak diamalkan
Suhu yang sesuaiTiada perumah yang khususPengawalan penyakit tidak diamalkan
Terdapat perumah sepanjang tahunPertumbuhan kulat yang optimal disebabkan faktor persekitaran yang sesuai

Rawatan  Pencegahan dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis:

  1. Perlu mematuhi amalan pertanian baik (GAP) yang telah disyorkan untuk memastikan tanaman pokok getah dalam keadaan pokok yang subur seperti pembajaan, kawalan rumpai, kawalan penyakit dan kawalan makhluk perosak yang disyorkan.
  2. Penyemburan racun kulat untuk mengurangkan dan menghapuskan jangkitan kulat pada daun yang lain seperti pengesyoran berikut:
NoBahan AktifKepekatan a.i di botol (%)Pengesyoran kadar racun (dicairkan dengan air)Peratusan Bahan Kimia (%)
1Propiconazole25.24.0 ml/liter0.10%
2Benomyl50.04.0 g/liter0.20%
3Chlorothalonil50.04.0 g/liter0.20%
4Mancozeb80.03.2 g/liter0.26%
5Propineb70.02.0 g/liter0.14%

*Salah satu daripada racun yang tersenarai diatas boleh digunakan untuk mengawal serangan kulat Pestalotiopsis di lapangan.



b) Penyakit luruhan Daun Sekunder Oidium

Penyakit luruhan Daun Sekunder Oidium

Penyakit luruhan daun sekunder oidium berlaku disebabkan jangkitan kulat jenis Oidium Heveae. Kulat ini biasanya menyerang pucuk muda yang berdaun semula selepas musim luruh.

Ia boleh dikenal pasti dengan kulapuk berdebu putih di permukaan daun yang menyebabkan warna daun bertukar keperangan.

Penyakit luruhan daun sekunder oidium boleh dirawat dengan cara seperti dalam jadual di bawah.

KaedahKekerapan kaedahKadar
Belerang sulphur disembur pada musim pendaunan semula➢ 1 kali semburan setiap 7 hari

➢ 1 kali semburan setiap 4 hingga 6 hari sehingga daun matang
● 9kg/hektar
Pengabusan minyak tridemorph➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang● 0.5 kg a.i/hektar
Semburan MSMA 1%➢Sebelum musim luruh● 10% a.i
● 35L/ hektar

*a.i = active ingredients/ bahan aktif



c )  Penyakit luruhan Daun Sekunder Colletotrichum

Penyakit luruhan Daun Sekunder Colletotrichum


Penyakit ini disebabkan oleh kulat jenis Colletotrichum gloeosporioides. Ia mudah menyerang pokok pada peringkat cetusan tunas.

Simptom serangan berbeza mengikut usia daun.

  • Pada daun muda, permukaannya akan menjadi berbintil seperti jerawat dan hujung daun berkedut.
  • Jika ia menyerang daun muda, ia akan gugur dari tangkai dan mati rosot (die-back) jika serangan dalam keadaan parah.
  • Pada daun matang yang tahan serangan, ia akan menjadi berbintil dan berlubang.

Bagi penyakit ini, cara merawatnya boleh dilakukan seperti dalam jadual di bawah.

KaedahKekerapan KaedahKadar
Semburan racun kulat chlorothalonil➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang0.2% a.i/liter
Semburan racun kulat Propineb➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang0.2 kg a.i/liter
Semburan MSMA 1%➢ Sebulan sebelum musim luruh36 liter/hektar

*a.i = active ingredients/ bahan aktif



d) Penyakit luruhan Daun Sekunder Corynespora

Penyakit luruhan Daun Sekunder Corynespora

Penyakit luruhan daun sekunder Corynespora adalah disebabkan oleh kulat jenis Corynespora cassiicola. Ia boleh menyerang semua peringkat daun.

Simptom penyakit ini yang boleh dilihat adalah:

  • Bintik-bintik memanjang seperti tulang ikan atau landasan kereta api di sepanjang urat daun.
  • Jika jangkitan parah berlaku, daun akan bertukar kekuningan dan gugur.

Cara kawalan penyakit ini boleh dilakukan seperti di jadual bawah:

KaedahKekerapan KaedahKadar
Semburan racun kulat benomyl➢ Semburan secara berterusan seminggu sekali sehingga simptom hilang0.3% a.i/liter

*a.i = active ingredients/ bahan aktif



e)  Penyakit luruhan Daun Fusicoccum

Penyakit luruhan Daun Fusicoccum


Luruhan daun Fusicoccum berlaku disebabkan jangkitan kulat jenis Fusicoccum sp. Simptomnya sangat jelas kelihatan pada daun matang.

Dua simptom yang boleh dilihat pekebun getah tentang penyakit ini adalah:

  • Terdapat bintik-bintik berwarna perang karat pada permukaan daun.
  • Bintik-bintik ini membesar menjadi lesi yang berpusar dan bergelombang dengan bintik-bintik hitam di sekelilingnya. Biasanya lesi ini akan wujud di tepi dan hujung daun.

Bagi mengawal penyakit ini, semburan racun kulat seperti dalam jadual di bawah boleh dilakukan.

KaedahKekerapanKadar
● Semburan racun kulat Carbendazim

● Semburan racun kulat Propiconazole

● Semburan racun kulat benomyl
➢ Semburan berterusan seminggu sekali sehingga semua simptom hilang0.3% a.i/liter

*a.i = active ingredients/ bahan aktif



f )  Penyakit luruhan Daun Phytophthora 


Penyakit luruhan Daun Phytophthora

Penyakit luruhan daun Phytophthora ini disebabkan jangkitan kulat dikenali sebagai Phytophthora palmivora. Daun pokok getah yang diserang biasanya gugur bersama tangkainya yang mewujudkan hamparan daun hijau di bawah pokok.

Dua simptom utama penyakit luruhan daun Phytophthora adalah:

  • Lesi hitam dengan bintik-bintik putih bekuan lateks pada permukaan daun.
  • Hujung ranting yang dijangkiti akan mati rosot (die-back).

Bagi merawat dan mengawal penyakit luruhan phytophthora ini, kaedah dalam jadual di bawah boleh digunakan.

KaedahKekerapanKadar
Semburan Kuprum oksiklorida➢ Semburan sebelum musim hujan bermula20% dalam minyak
35 liter/hektar
Semburan Kuprum oksiklorida➢ Semburan sebelum musim hujan bermula1.2 kg a.i/hektar dalam minyak

Selain penyakit akar dan luruhan daun, terdapat tiga lagi penyakit pokok getah yang perlu diketahui semua pekebun getah.



Sumber : Risda 


SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
( Masukkan Nombor IC anda dan tekan Hantar )

SEMAK KAD PAT-G
( Masuk Nombor IC
dan tekan Teruskan )







HARGA GETAH SEMASA

( Lihat Farmgate Peninsular )



PENAFIAN : Ini adalah laman blog peribadi untuk tujuan menyebaran maklumat dan info.Blog ini bukan web rasmi bagi organisasi. Segala maklumat terkini boleh rujuk pada web rasmi organisasi berkenaan