Program bantuan Tanam Semula pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan pokok getah baharu dari klon berpenghasilan tinggi. Bantuan disalurkan secara lima ansuran.


Bantuan tanam semula pokok getah


Apakah Syarat bantuan 

-Warganegara Malaysia 

- Mempunyai tanah milikan yang sah keluasan minimum 0.1 hektar dan keluasan maksimum 40.0 hektar

- Pemilik yang tidak mempunyai milikan yang sah perlu mendapatkan pengesahan agensi pelaksana @ pihak berkuasa tempatan

Berapakah kadar keseluruhan sehektar bantuan tuan puan akan dapat 

Semenanjung Malaysia - RM 13,710 / hektar

Sabah - RM 14,955 / hektar

Sarawak - RM 14,805 / hektar

* Dapat bantuan percuma dalam bentuk mata benda seperti anak pokok getah , baja pokok getah muda dan duit tunai lebihan dari perbelanjaan mata benda bagi ansuran ditetapkan ( Ansuran 1 hingga Ansuran 5 )

Bagaimana tuan puan nak mohon bantuan tanam semula percuma dari Risda 

Permohonan boleh dibuat di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran dengan kebun tuan puan 

Borang bantuan tanam semula: Klik Sini


Sumber : Risda 

SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
( Masukkan Nombor IC anda dan tekan Hantar )

SEMAK KAD PAT-G
( Masuk Nombor IC
dan tekan Teruskan )







HARGA GETAH SEMASA

( Lihat Farmgate Peninsular )



PENAFIAN : Ini adalah laman blog peribadi untuk tujuan menyebaran maklumat dan info.Blog ini bukan web rasmi bagi organisasi. Segala maklumat terkini boleh rujuk pada web rasmi organisasi berkenaan