Bantuan Tabung Pelancaran (BTP)
Bantuan secara one-off serta merupakan insentif untuk projek Tanam Semula Berkumpulan bagi memastikan pengurusan di bawah Jawatankuasa Tanam Semula Berkumpulan (Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Komersial (TSK)) dapat diuruskan dengan baik dan teratur.
Untuk memastikan Jawatankuasa kekal sehingga ke peringkat pengeluaran hasil supaya penjualan secara berkelompok dapat dilakukan seterusnya mendapat harga yang lebih tinggi.
Syaratnya,
- Projek TSB dan TSK di Semenanjung dan Sarawak yang dibayar ansuran semasa mulai Tahun 2021
- Jenis tanaman getah sahaja dibenarkan
- Projek TSB dan TSK telah membuat Mesyuarat Agong, melantik Jawatankuasa dan membuka akaun atas nama projek
- Ahli Jawatankuasa projek bersetuju untuk memohon insentif BTP dan diminitkan dalam mesyuarat jawatankuasa
Kadar bantuannya, RM 2,000.00 / projek TSB @ TSK
Borang bantuan tabung pelancaran : Klik Sini