Nama kulat yang menyerang penyakit akar putih ialah '' Rigidoporous Lignosus''.
Penyakit akar putih dianggap paling berbahaya kerana boleh merebak dengan cepat.
Kulatnya berwarna putih seolah-olah seperti benang membalut akar.
Bentuk kulat Rigidoporos Lignosus bulat dan gemuk pada bahagian pangkal dan pipih tajam pada bahagian hujung dan lama kelamaan warnanya berubah menjadi jingga pucat.
Ibu kulat Rigidoporous Lignosus berwarna jingga pada bahagian atas dan pada bahagian bawah berwarna kemerah-merahan.
Ibu kulat biasanya terdapat pada tunggul pokok yang mati dan selalu menyerang pokok getah muda.
Cara Merawat Penyakit Akar Putih
erdapat dua cara merawat penyakit akar iaitu secara kimia dan mekanikal.
Bagi pokok getah berusia kurang daripada 5 tahun, rawatan secara kimia perlu dijalankan. Tiga langkah rawatan yang perlu diikuti adalah:
- Tanah di sekeliling pokok getah yang dijangkiti digali sehingga akarnya terdedah.
- Menyiram bancuhan racun kulat di sekeliling pokok dan dibiarkan meresap.
- Tanah yang digali tadi dikambus semula.
Jumlah bancuhan racun kulat bergantung kepada usia pokok getah adalah dinasihatkan seperti kadar berikut dan perlu diulang rawatan selepas 6 bulan :
Pokok kurang dari 2 tahun | 10g Bayleton atau 10ml Tilt untuk setiap 1 liter air |
Pokok antara 2 hingga 5 tahun | 20g Bayleton atau 20ml Tilt untuk setiap 1 liter air |
Bagi pokok getah yang berusia lebih 5 tahun pula, rawatan secara mekanikal perlu dilakukan.
Terdapat 4 langkah rawatan mekanikal perlu diambil pekebun, iaitu:
- Parit pemisah selebar 1 kaki dan sedalam 2 kaki digali di antara pokok yang dijangkiti dan pokok yang sihat.
- Akar ditemui dalam parit pemisah perlu dicantas.
- Tanah yang dikorek bagi membentuk parit pemisah perlu diletakkan disebelah kawasan pokok yang dijangkiti. Ini dilakukan bagi mengelak kulat di dalam tanah menjangkiti pokok sihat.
Parit pemisah perlu diperiksa setiap tiga bulan bagi memastikan pertembungan akar tidak berlaku yang boleh menyebabkan jangkitan.
Selain penyakit akar yang boleh merebak dengan cepat, pekebun getah juga perlu mengetahui penyakit pokok getah yang lain dan cara merawatnya bagi menjaga kualiti dan produktiviti tanaman mereka.