Pembajaan pokok getah melalui 2 peringkat iaitu :
a ) Pembajaan getah muda
b ) Pembajaan getah matang
PEMBAJAAN GETAH MUDA
Pembajaan getah muda bermula setelah pokok ditanam pada umur pokok 2 bulan hingga ke 15 bulan ( 2 tahun )
Kebun mestilah bersih daripada rumpai sebelum menabur baja
Guna baja untuk getah muda bagi beli dikedai baja ATAU guna baja RISDA 1 jika baja bantuan dari Risda
Kaedah menabur baja dan kadar baja sepokok mengikut umur pokok dengan cara
1. Umur pokok 2 bulan kadar tabur baja 75 gram dengan jarak tabur 15 cm dari panggal pokok
2. Umur pokok 5 bulan kadar tabur baja 116 gram dengan jarak tabur 25 cm dari panggal pokok
3. Umur pokok 8 bulan kadar tabur baja 136 gram dengan jarak tabur 35 cm dari panggal pokok
4. Umur pokok 11 bulan kadar tabur baja 156 gram dengan jarak tabur 45 cm dari panggal pokok
5. Umur pokok 15 bulan kadar tabur baja 156 gram dengan jarak tabur 60 cm dari panggal pokok
PEMBAJAAN GETAH MATANG
Pembajaan getah matang bermula setelah pokok ditanam pada umur pokok 16 bulan ( 2 tahun ) keatas
Kebun mestilah bersih daripada rumpai sebelum menabur baja
Masa pembajaan paling terbaik adalah dalam tempoh 100 hari ( 3 bulan ) selepas musim daun meluruh kerana pada tempoh ini pokok getah lebih aktif menyerap baja dalam tanah
Kaedah menabur baja dan kadar baja sepokok dengan cara tabur baja keseluruhan dada kebun kecuali 60 cm dari panggal pokok deangan kadar 800 gram - 1000 gram sepokok
* 60 cm = 2 kaki
* 1000 gram = 1 kg
Guna baja untuk getah matang bagi beli dikedai baja ATAU guna baja bantuan RISDA
BERAPA KADAR BAJA RISDA
Lihat dalam gambar rajah kadar baja Risda
KETAHUI JENIS NUTRIEN DAN FUNGSI KEPADA POKOK GETAH
Lihat dalam gambar rajah