
Aktiviti pembuangan cabang atau dahan yang tumbuh liar yang menyebabkan pertumbuhan kanopi yang tidak seimbang seterusnya akan menjejaskan tumbesaran pokok.
Cantasan tidak sempurna menyebabkan kerugian besar kerana tapak torehan yang rendah dan tidak ekonomik serta menjejaskan pengeluaran hasil jangka masa panjang.
Terdapat dua jenis cantasan iaitu
a) Cantasan Pembetulan
b) Cantasan Terkawal
CANTASAN PEMBETULAN
1. Umur pokok kurang dari 1 tahun
2. Tiga jenis dahan perlu buat cantasan iaitu:
a) Dahan cabang bentuk "V"
b) Dahan sisi subur menyebabkan pokok condong
c) Pusaran dahan tumbuh di satu tempat tanpa dahan utama
CANTASAN TERKAWAL
1. Memperoleh pokok ada batang utama yang tegak dan kuat
2. Dapat dahan pokok seimbang,semua dahan sisi lebih kecil daripada batang utama dan dahan yang keluar dari batang utama tumbuh pada sudut yang lebar
3. Memastikan tiada cabang dan dahan tumbuh pada ketinggian kurang 300 cm ( 10 kaki ) dari paras tanah
4. Mendapat batang utama yang besar dan licin tanpa bonggol atau tunggul daripada kesan cantasan dahan
PROSES CANTASAN
1. Dilakukan bila pokok telah mempunyai 4 pusaran daun
2. Cantas semua dahan pada paras paling rendah supaya pokok kekal dengan 3 pusaran daun
3. Ulangi cantasan setiap 6 bulan selama 2 - 3 tahun supaya pokok mempunyai 3 pusaran dahan
TONTON VIDEO ( Klik 2X )
Sumber rujukan : Risda