Kad Pat G juga dikenali dengan nama kad hijau dari LGM
Kad Pat G boleh dibuat secara online dan manual
Cara Daftar kad Pat G secara online
* Wajib buat menggunakan smart telefon anda
* Kad Pat G dalam online dikenali sebagai Kad Pat G digital
Cara buatnya,
1. Untuk Daftar kad Pat G : Klik Sini
Selepas klik diatas ia akan keluar gambar web seperti dibawah
2. Klik butang Daftar bagi permohonan kad Pat G yang baruSelepas klik Daftar diatas ia akan keluar gambar web seperti dibawah
Serta tick pada petak kecil warna merah kemudian tekan butang > Daftar
Ia akan hantar nombor code ke telefon anda melalui SMS, Masukkan nombor kode tersebut untuk aktifkan web kad Pat G anda
3. Masukkan nombor telefon anda yang telah anda daftar tadi dalam kotak kosong ID Pengguna dan masukkan kata laluan anda cipta tadi dalam kotak kosong kata Laluan kemudian klik butang Log Masuk
Kemudian isi maklumat tuan puan dalam kotak kosong yang disediakan
Selesai Daftar
Cara Log Masuk Web Pat G secara online
* Wajib buat menggunakan smart telefon anda
* Kad Pat G dalam online dikenali sebagai Kad Pat G digital
Cara buatnya,
1. Untuk Log Masuk kad Pat G : Klik Sini
Selepas klik diatas ia akan keluar gambar web seperti dibawah
2. Klik butang Masuk bagi Log Masuk Web Pat G digital anda
Selepas klik Masuk diatas ia akan keluar gambar web seperti dibawah
** Pastikan anda menggunakan smart telefon untuk log masuk web Pat G digital anda sebab log masuk guna smart telefon sahaja yang boleh log masuk
Kemudian anda boleh semak dan isi maklumat anda yang diperlukan dalam Web Pat G digital anda
Untuk lebih detail tuan puan boleh dapatkan panduan : Klik Sini
Cara Daftar kad Pat G secara manual
Untuk daftar Kad Pat G secara manual tuan puan bolehlah download borang permohonan : Klik Sini
Kemudian isi borang permohonan tersebut dengan maklumat anda
Kemudian tampal gambar pasport pada borang diruang gambar disediakan
** Perlu tandatangan dan cop penghulu kampung pada borang sekiranya tanah anda selain syarat getah seperti dalam gambar dibawah di tempat bulatan warna merah ( Semak dalam geran tanah anda dibahagian syarat )
Jika tanah anda syarat getah maka tidak perlu tandatangan dan cop penghulu kampung.( Semak dalam geran tanah anda dibahagian syarat )
Kemudian sertakan borang ini bersama salinan,
- Kad pengenalan
- Geran tanah
- Maklumat bank dari bank ( Maklumat akaun bank dari bank )
Kemudian hantar borang ini beserta salinan diatas KE PEJABAT LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) berhampiran dengan anda
Permohonan anda akan diproses mengambil masa tertentu yang mana pihak pejabat LGM akan maklum pada anda semasa hantar borang tersebut
SELESAI....
Sumber : LGM