Simptom Penyakit Calar Hitam dan Cara Merawat
Penyakit calar hitam pokok getah

Penyakit calar hitam (black stripe) berlaku kerana jangkitan kulat Phytophthora botryosa. Ia boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pisau torehan.

Jangkitan boleh dikenalpasti menerusi simptom berikut:

Kesan calar yang membesar dan menjadi lesi yang menutup panel torehan.

Lateks membeku di kawasan jangkitan.

Di permukaan kayu, terdapat jalur-jalur kecil menegak.

Apabila kulit kayu pokok getah dikikis, tisu-tisu di bawahnya berwarna hitam pudar.

Bagi merawat penyakit calar hitam, kaedah dalam jadual di bawah boleh digunakan.

KaedahKekerapanKadar
Racun kulat Metalaxyl➢ Semburan 4 kali sehari selama 6 minggu
➢ Pisau torehan perlu direndam dalam larutan racun kulat sebelum torehan ke pokok dibuat.
0.8% dalam air

Sumber : Risda 

SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
( Masukkan Nombor IC anda dan tekan Hantar )

SEMAK KAD PAT-G
( Masuk Nombor IC
dan tekan Teruskan )







HARGA GETAH SEMASA

( Lihat Farmgate Peninsular )



PENAFIAN : Ini adalah laman blog peribadi untuk tujuan menyebaran maklumat dan info.Blog ini bukan web rasmi bagi organisasi. Segala maklumat terkini boleh rujuk pada web rasmi organisasi berkenaan