Pekebun kecil getah layak memohon bantuan aktiviti ekonomi tambahan ( AET ) dan Ahli isi rumah pun layak terima bantuan AET.
Ahli isi rumah ( AIR ) adalah anak pekebun kecil getah
Bantuan AET diagihkan kepada 5 peringkat iaitu,
a) AET Start-Up
b) AET NANO
c) Start-Up (Integrator)
d) AET Re-start
e) AET Belia
Keterangan AET Start-Up
Skim Insentif Start-up merupakan pemberian Insentif Permulaan Perniagaan kepada pekebun kecil atau AIR yang bercadang hendak memulakan atau baru menjalankan sesuatu perniagaan. Start-up juga merujuk kepada usahawan dalam kategori Pico yang mana perniagaannya masih di peringkat awal penubuhan dan sehingga sesuatu tempoh tertentu yang telah memperoleh jualan kurang daripada RM60,000.00 setahun ( RM5000 sebulan ). Selepas setahun menyertai skim ini, usahawan dijangka akan mencapai jualan melebihi RM60,000.00 setahun.
Syaratnya
1. Pemohon mestilah seorang pekebun kecil atau AIR yang belum memulakan perniagaan atau
2. Pemohon yang telah menjalankan perniagaan kurang daripada 3 tahun dengan jualan kurang daripada RM60,000.00 setahun ( RM5000 sebulan ).
Kadar bantuan
Skim Insentif Start-up Secara Individu
Had maksimum bantuan Skim Insentif Start-up Secara Individu adalah RM10,000.00 sekeluarga. Bantuan perlu mengikut skop yang ditetapkan berdasarkan keperluan perniagaan pemohon. Keutamaan perlu diberikan kepada komponen di bawah skop bantuan yang boleh membantu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500.00 sebulan sekeluarga.
Cara memohon menggunakan borang permohonan beserta kertas kerja pelan perniagaan
Borang permohonan Skim Insentif Start-Up dan Nano : Klik Sini
Keterangan AET NANO
Skim Insentif Nano merupakan pemberian Insentif Pemulaan Perniagaan yang memberi tumpuan kepada Pembangunan Produk/ Pengeluaran khususnya bagi usahawan pekebun kecil atau AIR dalam kategori Nano iaitu yang telah memulakan perniagaan bagi tempoh masa tertentu dan telah memperoleh jualan antara RM60,000.00 ke RM150,000.00 setahun ( RM12,500 sebulan ).Selepas setahun menyertai skim ini, usahawan dijangka akan mencapai jualan melebihi RM150,000.00 setahun.
Syaratnya
1.Melalui tapisan rekrutmen dan menjalani ujian psikometrik
2.Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus
3.Memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) di Playstore dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten
4.Menjalankan bisnes/ perniagaan sepenuh masa
5.Bersedia meningkatkan kapasiti dan keupayaan diri dalam mengembangkan perniagaan
Skop
1.Mesin & peralatan
2.Bina baharu atau baik pulih bengkel/ premis perniagaan
3.Bina baharu atau baik pulih pagar/ kandang/ reban/ kolam
4.Kos penyediaan tapak
5.Baka ternakan
6.Bahan mentah/ input pertanian
7.Makanan ternakan & ubat-ubatan
8.Papan tanda perniagaan
9.Insurans Perlindungan premis/ peralatan/ mesin/
10.Lain-lain input perniagaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Program Keusahawanan RISDA Negeri/ Daerah
Nilai bantuan Skim Insentif Nano : RM20,000.00/orang
Keutamaan kepada
-Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) Warganegara Malaysia atau Ahli Isi Rumah
-Keutamaan kepada peserta tanam semula yang masih dalam bantuan
-Keutamaan kepada pemohon Kategori B40
-Pekebun kecil yang berumur antara 18-60 tahun
Cara memohon menggunakan borang permohonan beserta kertas kerja pelan perniagaan
Borang permohonan Skim Insentif Start-Up dan Nano : Klik Sini
Keterangan Start-Up (Integrator)
Syarikat-syarikat tempatan, Syarikat Milikan RISDA (SMR), Koperasi Pekebun Kecil (KPK) atau Usahawan Kategori Mikro dan ke atas yang dilantik bagi membangunkan usahawan melalui pakej yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan dan telah menandatangani dokumen perjanjian bersama RISDA.
Skop
1.Mesin & peralatan
2.Bina baharu atau baik pulih bengkel/ premis perniagaan
3.Bina baharu atau baik pulih pagar/ kandang/ reban/ kolam
4.Kos penyediaan tapak
5.Baka ternakan
6.Bahan mentah/ input pertanian
7.Makanan ternakan & ubat-ubatan
8.Papan tanda perniagaan
9.Insurans Perlindungan premis/ peralatan/ mesin/
10.Lain-lain input perniagaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Program Keusahawanan RISDA Negeri/ Daerah
Nilai bantuan Skim Insentif Start-Up (Integrator) : RM20,000.00/orang
Keutamaan kepada
-Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) Warganegara Malaysia atau Ahli Isi Rumah
-Keutamaan kepada peserta tanam semula yang masih dalam bantuan
-Keutamaan kepada pemohon Kategori B40
-Pekebun kecil yang berumur antara 18-60 tahun
Pemilihan usahawan
- Pemilihan peserta yang berminat hasil dari tapisan e-Rekrutmen dan e-SPeK
- Melepasi temuduga dengan Syarikat Integrator
Keterangan AET Re-start
Usahawan sedia ada yang terkesan akibat bencana seperti banjir, Covid-19 dan lain-lain.
RM3,000/orang
Syarat
1.Pernah menerima bantuan AET.
2.Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum pandemik Covid -19.
3.Pengurangan sekurang-kurangnya 50% pendapatan berbanding sebelum pandemik Covid -19.
Skop
1.Membeli bahan mentah
2.Modal pusingan
NILAI BANTUAN : RM3,000.00/ orang
Keutamaan kepada
1.Usahawan sedia ada
2.Usahawan terjejas akibat bencana (banjir, COVID 19, dsb)
3.Usahawan B40 dengan hasil jualan rendah
Keterangan AET Belia
Golongan belia berumur 18-40 tahun
RM15,000/orang termasuk kursus latihan dan bimbingan
Syarat
1.Tidak mempunyai pekerjaan
2.Telah berniaga 3 bulan atau perniagaan kurang 12 bulan
3.Tidak pernah menerima bantuan AET
4.Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan
5.Menjalankan bisnes/ perniagaan secara sepenuh masa
6.Berupaya mencapai sasaran pendapatan mengikut tempoh masa yang ditetapkan
Skop
RM5,000 Latihan asas keusahawanan & Coaching
RM10,000 Peralatan/ Sewa tapak/ Modal pusingan
NILAI BANTUAN : RM15,000.00/orang
Keutamaan kepada
-Belia berumur 18-40 tahun
-Ahli KGMR
-Menyertai TKPK
-Mempunyai sijil TVET
-Alumni UCAM
Rujukan cara pelaksanaan lengkap : Rujuk AKP Bil. 11/2021