Tabung Khairat Kematian Pekebun Kecil (TKKPR) merupakan salah satu inisiatif #RISDA dalam meringankan beban keluarga pekebun kecil sekiranya berlaku kematian. Nilai sumbangan adalah berjumlah RM2,000.
TKKPR merupakan satu sumbangan kewangan yang akan dapat meringankan beban keluarga pekebun kecil sekiranya berlaku kematian. Sejajar dengan objektif program ini iaitu membantu mengurangkan beban ahli keluarga TKKPR yang meninggal dunia. Selain itu, sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang menyertai program tanam semula RISDA dan semua pekebun kecil yang dibanci oleh RISDA. Akhir sekali, menjadikan RISDA sebuah institusi yang diyakini sebagai pelindung sejajar dengan slogan “Kasihi Pekebun Kecil”
Syarat Program Bantuan
-Warganegara Malaysia
-Semua pekebun kecil sawit dan getah yang telah dibanci oleh RISDA layak secara automatik sebagai peserta TKKPR.
-Had umur adalah dari 18 tahun hingga 70 tahun sahaja
-Peserta baru boleh dibanci bagi melayakkan penyertaan tabung ini.
Kadar Bantuan
Nilai pampasan adalah sebanyak RM2,000.00 kepada pewaris
Cara nak sertai
1. Sertai secara automatik bila tuan puan telah memohon sebarang bantuan dari Risda Atau
2. Sertai melalui banci pekebun kecil, tuan puan boleh sertai di banci online : Klik Sini
Borang tuntutan khairat kematian pekebun kecil : Klik Sini
Borang tuntutan hantar ke pejabat Risda
#kitasamasama #Malaysia #KKDW #menoreh #pekebunkecil #penorehgetah #pekebunkecilgetah #RISDA #getahlestari #pekebungetah #risdaprihatin #kebungetah
Sumber : Risda