PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI GETAH (PPG)
Program Getah Matang telah dilaksanakan oleh RISDA bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7) dan ditambah baik dari tahun ke tahun menerusi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) sehingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Pelaksanaan Program Getah Matang yang dilaksanakan adalah meliputi :
- Program Skim Getah Matang (SGM)
- Peningkatan Produktiviti Getah (PPG),
- Skin Insentif Produktiviti Getah (SIPG),
- Skim Insentif Lateks (SIL); dan
- Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP).
- Pembangunan Infrastruktur Pemasaran (PIP) seperti berikut:
- Pusat Timbang dan Stor (PTS)
- Depo Pengumpulan Skrap (DPS)
- Depo Pengumpulan Lateks (DPL)
- Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB)
- Bantuan Operasi DPL secara Geran Padanan (GP)
- Prasarana Ladang (PL)
- Insentif Pengeluaran Getah Berkelompok (IPGB)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Syarat – syarat kelayakan bagi Program Skim Getah Matang (SGM) adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia; dan
- Berdaftar dengan RISDA sebagai pekebun kecil; dan
- Hak milik kebun yang sah; dan
- Jumlah kelayakan bagi setiap pemohon (SGM 1, SGM 2, SGM 3, SGM 4, dan SGM 5) adalah maksimum 4.0 hektar ; dan
- Kebun getah matang kecuali kebun yang diurus oleh agensi ; dan
- Kebun sentiasa diselenggara mengikut Amalan Pertanian Yang Baik (GAP); dan
- Pekebun kecil juga hendaklah bersetuju bekerjasama dengan pihak RISDA untuk mendapatkan maklumat berkaitan pekebun kecil dan kebun.
Keutamaan penerima yang layak dalam Skim Getah Matang adalah seperti berikut :
- Pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri; atau
- Menjadi ahli Projek Pemasaran Berkelompok bagi menggalakkan pekebun kecil menjalankan aktiviti pemasaran secara berkelompok bagi memendek rantaian pemasaran dan memperolehi harga terbaik di peringkat ladang serta mewujudkan peluang pekerjaan; atau
- Pekebun kecil menghasilkan dan menjual lateks bagi meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 30% dan seterusnya meningkatkan pengeluaran lateks tempatan untuk memenuhi keperluan industri berasaskan lateks; atau
- Pengurusan kebun oleh KRH/ KPK/ AJK Depo dengan menggabungkan kebun-kebun kecil bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan produktiviti pekebun kecil seterusnya meningkatkan pendapatan.
SYARAT TAMBAHAN (SGM 1)
Syarat-syarat tambahan bagi Program SGM 1 adalah seperti berikut :
- Kebun telah mencapai tahap matang dan boleh ditoreh; dan
- Membuka panel torehan pada kali pertama.
SYARAT TAMBAHAN (SGM 2)
Syarat-syarat tambahan bagi Program SGM 2 adalah pokok yang ditoreh panel BO-I atau BO-2 sahaja.
BAGAIMANA NAK MOHON BANTUAN
Borang bantuan baja dan peralatan menoreh pokok getah matang : Klik sini
Kemudian hantarkan borang permohonan ini, ke pejabat Risda berhampiran beserta dengan,
- Salinan kad pengenalan pemohon/pewaris; dan
- Salinan geran tanah atau carian rasmi geran tanah dan ;
- Borang Pengakuan kematian ( Jika pemilik tanah meninggal dunia - Pewaris akan isi borang permohonan )
Sekiranya pemilik tanah meninggal dunia tuan puan perlu sertakan borang Pengakuan kematian dan wajib cop penghulu kampung pada borang ini.
Borang Pengakuan kematian : Klik sini
Sumber : Risda