Semak bantuan ,usim tengkujuh tahun 2024

Untuk semak bantuan musim tengkujuh  tuan/puan teruslah menghubungi Pejabat RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian (pejabat pelulus) dan bukannya menghubungi pejabat lain seperti RISDA Stesen.

Minta bercakap dengan Unit 2P yang bertanggungjawab kepada permohonan BMT RISDA. 

Mereka boleh membuat semakan kepada permohonan tuan/puan sama ada lengkap atau tidak, layak atau tidak dan sebagainya. 

Semak bantuan ,usim tengkujuh tahun 2024

Semak bantuan ,usim tengkujuh tahun 2024


Oleh kerana pembayaran BMT2024 akan mula dibuat pada minggu kedua November, tuan/puan boleh membuat semakan dari semasa ke semasa di pautan : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Perlu diingatkan juga, Ibu Pejabat RISDA akan memproses pembayaran secara berperingkat bermula November 2024 sehingga Februari 2025 mengikut tarikh kelulusan permohonan yang telah dibuat di peringkat pejabat pelulus masing-masing. 

Seperti tahun-tahun lalu, jika bayaran November tidak sempat dibayar pada bulan semasa, bayaran akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga selesai dibayar berjumlah RM800 (tertakluk kepada kelulusan).



Program integrator usahawan kontraktor kebun risda


Program integrator usahawan kontraktor kebun risda

Apa itu pro tani

Adalah peluang untuk jadi usahawan pengurusan kebun getah yang berjaya di Bawah bimbingan program usahawan Risda dengan Kerjasama Risda Plantation 


Objektif

- Memajukan kebun getah

- Buka peluang pekerjaan di luar bandar

- Melahirkan usahawan tanaman getah


Kelayakan

- Warganegara

- Umur 18 - 45 tahun

- Berdaftar dengan Risda dan ada pengalaman diutamakan

- Bersedia patuhi syarat dan jalani Latihan di tetapkan 


Skop Pekhidmatan kerja,

- Membaris tanaman

- Melubang tanaman

- Menanam

- Meracun

- Membaja

- Kawalan penyakit 

- Penorehan

Menanam


Sokongan penuh melalui bantuan peralatan dan Latihan


Sokongan penuh melalui bantuan peralatan dan Latihan


Manfaat program pro tani

- Bantuan sehingga RM30 ribu

- Pantau berkala kualiti kerja

- Jana pendapatan minima RM2500 sebulan


Cara daftar

- Daftar dipejabat Risda atau Risda plantation

- Lengkapkan document dan penuhi syarat

- Mula karier sebagai pakar pengurusan kebun getah professional pro tani


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAK JADI USAHAWAN KONTRAKTOR KEBUN YANG BERJAYA ? 🌱
Program PRO-TANI dari RISDA membuka peluang untuk anda!
Jom bina kerjaya sebagai Pakar Pengurusan Kebun Getah dengan pelbagai manfaat menarik!

🔸 Apa Yang Anda Akan Terima?
✅ Bimbingan & kursus PERCUMA!
✅ Bantuan peralatan asas untuk kerja-kerja kebun.
✅ Bimbingan bersama pakar dari RISDA Plantation Sdn. Bhd.

💰 Bantuan Sehingga RM30,000!
💼 Jana pendapatan minimum RM2,500 sebulan sebagai kontraktor kebun getah profesional.

📋 Kelayakan Mudah:
🟢 Warganegara Malaysia.
🟢 Berumur 18 - 45 tahun.
🟢 Berdaftar dengan RISDA & minat dalam pengurusan kebun.

🌟 Kenapa Anda Perlu Sertai? 🌟
🌳 Sokongan penuh RISDA dari segi latihan & peralatan.
👷‍♂️ Buka peluang pekerjaan luar bandar.
📈 Bantu memajukan kebun getah pekebun kecil.
📞 Hubungi Kami Sekarang!
📲 03-4270 5104
📧 admin@risdaplantation.com.my

🛑 Jangan Lepaskan Peluang Ini! Daftar Sekarang & Mulakan Kerjaya Anda Sebagai Usahawan Kontraktor Kebun PRO-TANI! 🌿

📍 Lokasi: Ibu Pejabat RISDA Plantation, Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
👉 Daftar mudah: [Imbas QR di Poster]
“PAKAR PENGURUSAN KEBUN GETAH ANDA – Bersama PRO-TANI RISDA!” 🌟


Sumber : Risda


Lihat video diatas 

Kisah Cikgu Ali. Cikgu Ali ni merupakan pesara guru yang menetap di Kuala Nerang, Kedah. 

Beliau mengusahakan lebih 1,400 pokok getah di kebun beliau yang berdekatan sahaja dengan rumah. 

Yang paling best, Cikgu Ali ni buat susu getah (lateks) dan bukan sekerap tau. Ini kerana Cikgu Ali tahu yang Harga susu lagi tinggi dari Harga sekerap.

#GoForLatex! #BTS #InsentifPengeluaranLateks #bergetah #BukanSekadarKomoditi #MalaysiaMadani #MyRubber

Anwar Ibrahim Fadillah Yusof Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK RTM - Radio Televisyen Malaysia Bernama TV TV3 Malaysia Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi Malaysian Rubber Council - MRC

Kisah pesara guru menoreh getah hasil lateks susu getah

Sumber : LGM 

 

Apa maksud MSNR


MSNR adalah singkatan Malaysian sustainable natural rubber( MSNR ) ia membawa maksud 

"Getah asli lestari Malaysia" dimana  pengiktirafan kemampanan melalui pendekatan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang diberikan kepada pemegang lesen dan permit lembaga getah Malaysia untuk memastikan kemampanan getah asli negara 

Ia di urus oleh Lembaga getah malaysia ( LGM ) 



Bantuan sokongan risda

Bagi pekebun kecil yang telah menyertai Program Tanam Semula getah, anda juga boleh memohon bantuan lain di bawah Program Sokongan antaranya:

1. Prasarana Asas Pertanian (PAP)

2. Bantuan Tabung Pelancaran (BTP)

3. Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB)

4. Tabung Khairat Kematian Pekebun Kecil (TKKPR)

Program Sokongan #RISDA ini adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk memperkuat sektor pertanian dan meningkatkan kesejahteraan #pekebunkecil di seluruh negara.

Maklumat lanjut tentang bantuan tuan puan boleh : Klik sini 

#kitasamasama #Malaysia #KKDW #menoreh #pekebunkecil #penorehgetah #pekebunkecilgetah #RISDA #getahlestari #pekebungetah #risdaprihatin #kebungetah


Sumber : Risda 

Tabung khairat kematian pekebun kecil

Tabung Khairat Kematian Pekebun Kecil (TKKPR) merupakan salah satu inisiatif #RISDA dalam meringankan beban keluarga pekebun kecil sekiranya berlaku kematian. Nilai sumbangan adalah berjumlah RM2,000.

TKKPR merupakan satu sumbangan kewangan yang akan dapat meringankan beban keluarga pekebun kecil sekiranya berlaku kematian. Sejajar dengan objektif program ini iaitu membantu mengurangkan beban ahli keluarga TKKPR yang meninggal dunia. Selain itu, sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang menyertai program tanam semula RISDA dan semua pekebun kecil yang dibanci oleh RISDA. Akhir sekali, menjadikan RISDA sebuah institusi yang diyakini sebagai pelindung sejajar dengan slogan “Kasihi Pekebun Kecil” 

Syarat Program Bantuan

-Warganegara Malaysia 

-Semua pekebun kecil sawit dan getah yang telah dibanci oleh RISDA layak secara automatik sebagai peserta TKKPR. 

-Had umur adalah dari 18 tahun hingga 70 tahun sahaja  

-Peserta baru boleh dibanci bagi melayakkan penyertaan tabung ini. 

Kadar Bantuan

Nilai pampasan adalah sebanyak RM2,000.00 kepada pewaris 

Cara nak sertai 

1. Sertai secara automatik bila tuan puan telah memohon sebarang bantuan dari Risda Atau 

2. Sertai melalui banci pekebun kecil, tuan puan boleh sertai di banci online : Klik Sini 

Borang tuntutan khairat kematian pekebun kecil : Klik Sini

Borang tuntutan hantar ke pejabat Risda 

#kitasamasama #Malaysia #KKDW #menoreh #pekebunkecil #penorehgetah #pekebunkecilgetah #RISDA #getahlestari #pekebungetah #risdaprihatin #kebungetah


Sumber : Risda 

Pekebun kecil getah layak memohon bantuan aktiviti ekonomi tambahan ( AET ) dan Ahli isi rumah pun layak terima bantuan AET.


BANTUAN AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN ( AET ) RISDA


Ahli isi rumah ( AIR ) adalah anak pekebun kecil getah

Bantuan AET diagihkan kepada 5 peringkat iaitu,

a) AET Start-Up

b) AET NANO

c) Start-Up (Integrator)

d) AET Re-start

e) AET Belia



Keterangan AET Start-Up

Skim Insentif Start-up merupakan pemberian Insentif Permulaan Perniagaan kepada pekebun kecil atau AIR yang bercadang hendak memulakan atau baru menjalankan sesuatu perniagaan. Start-up juga merujuk kepada usahawan dalam kategori Pico yang mana perniagaannya masih di peringkat awal penubuhan dan sehingga sesuatu tempoh tertentu yang telah memperoleh jualan kurang daripada RM60,000.00 setahun ( RM5000 sebulan ). Selepas setahun menyertai skim ini, usahawan dijangka akan mencapai jualan melebihi RM60,000.00 setahun.

Syaratnya

1. Pemohon mestilah seorang pekebun kecil atau AIR yang belum memulakan perniagaan atau
2. Pemohon yang telah menjalankan perniagaan kurang daripada 3 tahun dengan jualan kurang daripada RM60,000.00 setahun ( RM5000 sebulan ).

Kadar bantuan

Skim Insentif Start-up Secara Individu
Had maksimum bantuan Skim Insentif Start-up Secara Individu adalah RM10,000.00 sekeluarga. Bantuan perlu mengikut skop yang ditetapkan berdasarkan keperluan perniagaan pemohon. Keutamaan perlu diberikan kepada komponen di bawah skop bantuan yang boleh membantu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500.00 sebulan sekeluarga.

Cara memohon menggunakan borang permohonan beserta kertas kerja pelan perniagaan

Borang permohonan Skim Insentif Start-Up dan Nano : Klik Sini 




Keterangan AET NANO

Skim Insentif Nano merupakan pemberian Insentif Pemulaan Perniagaan yang memberi tumpuan kepada Pembangunan Produk/ Pengeluaran khususnya bagi usahawan pekebun kecil atau AIR dalam kategori Nano iaitu yang telah memulakan perniagaan bagi tempoh masa tertentu dan telah memperoleh jualan antara RM60,000.00 ke RM150,000.00 setahun ( RM12,500 sebulan ).Selepas setahun menyertai skim ini, usahawan dijangka akan mencapai jualan melebihi RM150,000.00 setahun.


Syaratnya

1.Melalui tapisan rekrutmen dan menjalani ujian psikometrik
2.Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus
3.Memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) di Playstore dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten
4.Menjalankan bisnes/ perniagaan sepenuh masa
5.Bersedia meningkatkan kapasiti dan keupayaan diri dalam mengembangkan perniagaan


Skop

1.Mesin & peralatan
2.Bina baharu atau baik pulih bengkel/ premis perniagaan
3.Bina baharu atau baik pulih pagar/ kandang/ reban/ kolam
4.Kos penyediaan tapak
5.Baka ternakan
6.Bahan mentah/ input pertanian
7.Makanan ternakan & ubat-ubatan
8.Papan tanda perniagaan
9.Insurans Perlindungan premis/ peralatan/ mesin/
10.Lain-lain input perniagaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Program Keusahawanan RISDA Negeri/ Daerah

Nilai bantuan Skim Insentif Nano : RM20,000.00/orang


Keutamaan kepada

-Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) Warganegara Malaysia atau Ahli Isi Rumah
-Keutamaan kepada peserta tanam semula yang masih dalam bantuan
-Keutamaan kepada pemohon Kategori B40
-Pekebun kecil yang berumur antara 18-60 tahun


Cara memohon menggunakan borang permohonan beserta kertas kerja pelan perniagaan

Borang permohonan Skim Insentif Start-Up dan Nano : Klik Sini 




Keterangan Start-Up (Integrator)


Syarikat-syarikat tempatan, Syarikat Milikan RISDA (SMR), Koperasi Pekebun Kecil (KPK) atau Usahawan Kategori Mikro dan ke atas yang dilantik bagi membangunkan usahawan melalui pakej yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan dan telah menandatangani dokumen perjanjian bersama RISDA.

Skop

1.Mesin & peralatan
2.Bina baharu atau baik pulih bengkel/ premis perniagaan
3.Bina baharu atau baik pulih pagar/ kandang/ reban/ kolam
4.Kos penyediaan tapak
5.Baka ternakan
6.Bahan mentah/ input pertanian
7.Makanan ternakan & ubat-ubatan
8.Papan tanda perniagaan
9.Insurans Perlindungan premis/ peralatan/ mesin/
10.Lain-lain input perniagaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Program Keusahawanan RISDA Negeri/ Daerah


Nilai bantuan Skim Insentif Start-Up (Integrator)  : RM20,000.00/orang

Keutamaan kepada

-Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) Warganegara Malaysia atau Ahli Isi Rumah
-Keutamaan kepada peserta tanam semula yang masih dalam bantuan
-Keutamaan kepada pemohon Kategori B40
-Pekebun kecil yang berumur antara 18-60 tahun

Pemilihan usahawan

- Pemilihan peserta yang berminat hasil dari tapisan e-Rekrutmen dan e-SPeK
- Melepasi temuduga dengan Syarikat Integrator






Keterangan AET Re-start

Usahawan sedia ada yang terkesan akibat bencana seperti banjir, Covid-19 dan lain-lain.
RM3,000/orang

Syarat

1.Pernah menerima bantuan AET.
2.Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum pandemik Covid -19.
3.Pengurangan sekurang-kurangnya 50% pendapatan berbanding sebelum pandemik Covid -19.

Skop

1.Membeli bahan mentah
2.Modal pusingan

NILAI BANTUAN : RM3,000.00/ orang 

Keutamaan kepada 

1.Usahawan sedia ada
2.Usahawan terjejas akibat bencana (banjir, COVID 19, dsb)
3.Usahawan B40 dengan hasil jualan rendah




Keterangan AET Belia


Golongan belia berumur 18-40 tahun
RM15,000/orang termasuk kursus latihan dan bimbingan

Syarat

1.Tidak mempunyai pekerjaan
2.Telah berniaga 3 bulan atau perniagaan kurang 12 bulan
3.Tidak pernah menerima bantuan AET
4.Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan
5.Menjalankan bisnes/ perniagaan secara sepenuh masa
6.Berupaya mencapai sasaran pendapatan mengikut tempoh masa yang ditetapkan


Skop

RM5,000 Latihan asas keusahawanan & Coaching

RM10,000 Peralatan/ Sewa tapak/ Modal pusingan

NILAI BANTUAN : RM15,000.00/orang 

Keutamaan kepada

-Belia berumur 18-40 tahun
-Ahli KGMR
-Menyertai TKPK
-Mempunyai sijil TVET
-Alumni UCAM



Rujukan cara pelaksanaan lengkap : Rujuk AKP Bil. 11/2021


Bantuan musim tengkujuh (BMT) dari Risda telah ditutup permohonan pada 30/9/2024 

Dibawah ini "admin sediakan secara ringkas" cara memohon BMT dalam online dalam portal web BMT guna smart telefon / Komputer 

Sekiranya tuan puan, tidak boleh buat sendiri maka datanglah ke pejabat Risda berhampiran untuk dapat bantuan pengisian BMT dari pegawai Risda 


Syarat permohonan BMT 

Penerima yang layak adalah Pekebun Kecil yang memiliki dan mengusahakan lot bertanam getah atau Penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah adalah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut :


Pemilik kebun Getah

-Warganegara Malaysia sahaja.

-Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.

-Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

-Pemilik tanah yang sah.

-Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).

-Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.


Penoreh Pokok Getah

-Warganegara Malaysia.

-Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.

-Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.

-Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

-Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.

-Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.

-Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.




CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Baca dahulu sebelum daftar BMT 

* Bagi pekebun kecil yang belum daftar BMT atau nama anda sudah tiada dalam data sistem portal web BMT semasa anda Log Masuk wajib daftar BMT baru dengan cara,

1. Klik butang Daftar Pengguna dibawah 



Setelah anda Tekan Daftar Pengguna diatas ia akan keluar seperti web dibawah

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

2. Masukkan Nombor kad pengenalan anda dalam kotak kemudian klik butang Carian

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

3. Masukkan maklumat anda dalam kotak disediakan.Pastikan masuk alamat email anda yang aktif yang boleh dilogin/dibuka kerana link aktif web akan dihantar ke email anda dan wajib diklik link tersebut untuk pengesahan daftar web BMT anda 

Selepas web BMT anda aktif barulah anda anda log Masuk seperti cara kemaskini di bawah 

Bagi Pemilik Kebun pastikan tuan puan ambil gambar guna telefon dan simpan gambar dalam telefon anda untuk upload dalam web BMT anda selepas Log Masuk dengan gambar,

- Kad pengenalan muka depan
- Kad pengenalan muka belakang 
- Geran tanah muka surat 1  
- Geran tanah muka surat 2
- Geran tanah muka surat 3
- Surat maklumat bank dari bank 
 
Bagi Penoreh Kebun pastikan tuan puan ambil gambar guna telefon dan simpan gambar dalam telefon anda untuk upload dalam web BMT anda selepas Log Masuk dengan gambar,

- Kad pengenalan muka depan
- Kad pengenalan muka belakang 
- Geran tanah muka surat 1  
- Geran tanah muka surat 2
- Geran tanah muka surat 3
- Surat maklumat bank dari bank
- Surat Akaun penoreh 
- Kad pengenalan tuan tanah

* Surat Akaun penoreh : Download sini

 

CARA KEMASKINI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 

* Baca dahulu sebelum kemaskini 
* Bagi pekebun kecil yang sudah daftar tahun tahun sebelumnya wajib kemaskini semula dengan cara,

1. Klik butang Log Masuk dibawah 


Setelah anda Tekan Log Masuk diatas ia akan keluar seperti web dibawah

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

2. Log Masuk isi maklumat seperti berikut :
- Masuk nombor kad pengenalan anda
- Masuk kata laluan anda
- Kemudian tekan butang Log Masuk warna hijau

* Jika anda lupa kata laluan sila hadir ke pejabat Risda berhampiran untuk bantuan dari pegawai Risda 

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah 

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA


3. klik pada butang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, ia akan keluar seperti web dibawah

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

4. Klik pada butang Permohonan Baru BMT 2024 butang warna merah

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah 

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

5. Tick Setuju dan klik butang Seterusnya

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah 

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

6. Tick Alamat Surat Menyurat seperti bulatan merah dan klik butang Seterusnya

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

7. Tick pada tempat Mohon seperti bulatan merah ( Scroll kanan jika kemaskini guna smart telefon )
Kemudian klik butang Seterusnya

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah


8. Semak semua maklumat anda jika maklumat betul klik butang Seterusnya

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA
9. Tick pada petak kecil seperti bulatan 1 warna biru jika tanah diisi oleh pewaris tanah ( Jika pemilik meninggal dunia ) Jika diisi pemilik tanah abaikan petak itu

- Pastikan semua keluar simbol petak hijau seperti bulatan 2 warna biru maknanya dokument anda sudah ada.Sekiranya tiada simbol petak hijau atau anda mahu gantikan dokument lain maka tekan butang Browse warna hijau seperti bulatan 3 warna biru untuk upload dokument
- Kemudian tekan butang Seterusnya

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah 

 
CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA
10. Tick pada petak kecil tick 2 kotak tersebut kemudian klik butang Hantar 

Maka selesailah kemaskini BMT 



CARA SEMAK KELULUSAN BMT DALAM PORTAL WEB 

1. Log Masuk Web BMT seperti diatas kemudian klik butang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, seperti dibawah 


CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah 

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA


2. Klik butang Tindakan dan klik butang Lihat 

Setelah itu ia akan keluar seperti web dibawah 

CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DARI RISDA


3. Klik butang Status Permohonan ia akan keluar Status Permohonan BMT anda dengan keputusan : Dalam Proses / Layak / Tidak Layak

Status BMT Layak bermakna BMT anda sudah Lulus 

Sekiranya tuan puan, tidak boleh buat sendiri maka datanglah ke pejabat Risda berhampiran untuk dapat bantuan pengisian BMT dari pegawai Risda 


Sumber : Risda  

SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
( Masukkan Nombor IC anda dan tekan Hantar )

SEMAK KAD PAT-G
( Masuk Nombor IC
dan tekan Teruskan )







HARGA GETAH SEMASA

( Lihat Farmgate Peninsular )



PENAFIAN : Ini adalah laman blog peribadi untuk tujuan menyebaran maklumat dan info.Blog ini bukan web rasmi bagi organisasi. Segala maklumat terkini boleh rujuk pada web rasmi organisasi berkenaan